Papa
Masih terbayang peristiwa 21 December 1995
Tikala kau pergi menyembahNya
meninggalkan daku sendiri sepi...
hilang arah panduan...
Papa
Masih tidak dapat ku terima pemergianmu
Masih tebal percaya di benak dada
Masih kukuh pandangan di minda
Bahawa kau masih di sisi
Papa
Apa ini rentak kehidupanku?
Terpaksa ku harungi hari-hari
yang belum ada kepastian...
Bagiku, tanpa mu di sisi
segala irama pincang
segala melodi tidak seindah gubahan
Papa
Ku walaupun benak hati tidak dapat menerima pemergianmu
Namun, realiti mengajarku untuk terus melayari kehidupan
Walaupun wajah mu seringkali hinggap di fikiran ku.
Walaupun terpaksa ku telan segala kepahitan hidup tanpa mu
Hilang sudah tiang tempat ku memangku kelemahanku
Pudar sudah sinar yang sering kau bawa dulu
Papa
Izinkan aku untuk menyimpanmu di lubuk hatiku,
Izinkan aku mengingatimu sentiasa walaupun perit
Izinkan aku membibitkan doa bagimu di sana.
Kau pergi membawa cebisan besar hati dan perasaanku
Tak mungkin akan ku disembuhkan...
Tenanglah kau di sana Papa...
Tunggukan diriku...
Al-fatihah...
Anakandamu,
Kay
No comments:
Post a Comment
Thanks for your message... Have a pleasant day